Projek Korban Barakah Afrika Tahun 2026/1447H

PROJEK KORBAN DI AFRIKA (CHAD, MALI & SUDAN)

Objektif Projek

  1. Pengagihan rezeki & memastikan golongan pelarian, fakir miskin, dan asnaf di negara-negara krisis seperti di Chad, Mali & Sudan dapat merasai nikmat sumber protein berkualiti (daging) yang sukar didapati pada hari-hari biasa ekoran belenggu kemiskinan dan konflik berpanjangan.
  2. Menyemarakkan syiar Islam & menghidupkan kegembiraan hari raya serta menghidupkan sunnah Ibadah Korban di kawasan komuniti minoriti dan terpinggir di Afrika, sekali gus menyebarkan rasa kebersamaan (ukhuwah) serta membawakan kegembiraan hari raya Aidiladha buat keluarga yang memerlukan.

Bantuan yang disampaikan :

1. Sembelihan 11 Ekor Lembu di Chad

  • Lokasi korban : Gaoui Village, 10km north east of Ndjamena, Chad
  • Tarikh pelaksanaan : 27 Mei 2026 – 30 Mei 2026
  • Bilangan peserta yang menyertai korban Insaniah : 77 orang peserta
  • Penerima manfaat : 2,000 orang penerima manfaat yang terdiri daripada penduduk yang fakir dan miskin, wanita dan kanak-kanak.
  • Anjuran : Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat

2. Sembelihan 4 Ekor Lembu di Mali

  • Lokasi korban :  Bamako, Mali
  • Tarikh pelaksanaan : 27 Mei 2026 – 30 Mei 2026
  • Bilangan peserta yang menyertai korban Insaniah : 25 orang peserta
  • Bilangan peserta yang menyertai sedekah daging : 3 bahagian
  • Penerima manfaat : 1,000 orang penerima manfaat yang terdiri daripada penduduk yang fakir dan miskin, wanita dan kanak-kanak.
  • Anjuran : Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat

3. Sembelihan 3 Ekor Lembu di Sudan

  • Lokasi korban : Kem Pelarian Kassala, Sudan
  • Tarikh pelaksanaan : 27 Mei 2026 – 30 Mei 2026
  • Bilangan peserta yang menyertai korban Insaniah : 19 orang peserta
  • Bilangan peserta yang menyertai sedekah daging : 2 bahagian
  • Penerima manfaat : 750 orang penerima manfaat yang terdiri daripada penduduk yang fakir dan miskin, wanita dan kanak-kanak.
  • Anjuran : Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat

Jumlah Keseluruhan Penerima Manfaat Korban Barakah 2026

  • Korban di Afrika : 648 buah keluarga, anggaran 3,240 – 3,750 orang penerima manfaat.

Terima Kasih para penyumbang

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang telah menjayakan misi ini. Anda telah menjadi asbab kegembiraan dan kelegaan buat saudara-saudara kita di Afrika.

Penutup

Di sebalik padang pasir yang panas membakar, rumah-rumah usang, dan isu bekalan makanan yang tidak menentu, kami bertemu dengan kekuatan iman yang tidak pernah layu. Walaupun mereka tiada harta yang banyak, mereka masih memiliki harapan yang utuh. Dan selagi mana ada jiwa yang peduli, bumi ini sentiasa punya peluang untuk bangkit dan berubah.

Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan yang telah dicurahkan oleh setiap penyumbang dan individu yang terlibat. Semoga langkah kecil kita di bumi Afrika ini menjadi hujah dan saksi besar di hadapan Allah SWT di akhirat kelak, Amin.


Share:

Continue the Journey Through Our Blog

Stay updated on our latest updates, ideas, and efforts as we create meaningful impact for a better future.

Edaran Pek Makanan Sudan – Mei 2026

PROJEK DAPUR JUMAAT (EDARAN PEK MAKANAN PANAS) Objektif Projek Bantuan yang disampaikan : 1. Edaran

Edaran Hari Asyura 1447/2026

PROJEK DAPUR JUMAAT (EDARAN PEK MAKANAN PANAS) Objektif Projek Bantuan yang disampaikan : 1. Edaran

Projek Korban Barakah Malaysia Tahun 2026/1447H

PROJEK KORBAN DI MALAYSIA Objektif Projek Bantuan yang disampaikan : 1. Sembelihan 1 Ekor Lembu

©2026. All Rights Reserved

Bawa kembali kewarasan kepada kemanusiaan. Membangun sebuah tamadun berteraskan ideal dan nilai Insaniah.

Mulakan Perbualan

+60166060203

Lokasi Kami

Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat
23-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Scroll to Top

Bringing back sanity towards humanity through the thoughts and activities of an ideal civilization.

Reach us

You can find us at

Get in touch with us