PROJEK DAPUR JUMAAT (EDARAN PEK MAKANAN PANAS)
Objektif Projek
- Menyediakan dan menyalurkan makanan panas yang segar serta berkhasiat kepada golongan asnaf, gelandangan dan keluarga terpinggir secara berkala, bagi memenuhi keperluan makanan segera mereka.
- Mengurangkan beban kebuluran dan tekanan hidup harian golongan sasaran dengan menyediakan hidangan panas yang sedia dimakan, sekali gus memberi keselesaan, kehangatan, dan sedikit kelegaan di tengah kesempitan hidup mereka.
Bantuan yang disampaikan :
1. Edaran 200 Pek Makanan Panas di Sudan
- Lokasi negara edaran : Wilayah Kassala / Pusat Perlindungan Wad Sharifi Sudan
- Item bantuan : 100 pek makanan panas yang mengandungi nasi panas, lauk daging/ayam, buah-buahan, air mineral, jus buah-buahan
- Tarikh pelaksanaan projek : 9 Julai 2026 – 29 Julai 2026
- Penerima manfaat : 100 orang pelarian dan pelajar agama di Pusat Perlindungan Wad Sharifi Sudan.
- Anjuran : Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat

Terima Kasih para penyumbang
Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang telah menjayakan misi ini. Anda telah menjadi asbab kegembiraan dan kelegaan buat saudara-saudara kita di Afrika.
Penutup
Di sebalik padang pasir yang panas membakar, rumah-rumah usang, dan isu bekalan makanan yang tidak menentu, kami bertemu dengan kekuatan iman yang tidak pernah layu. Walaupun mereka tiada harta yang banyak, mereka masih memiliki harapan yang utuh. Dan selagi mana ada jiwa yang peduli, bumi ini sentiasa punya peluang untuk bangkit dan berubah.
Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan yang telah dicurahkan oleh setiap penyumbang dan individu yang terlibat. Semoga langkah kecil kita di bumi Afrika ini menjadi hujah dan saksi besar di hadapan Allah SWT di akhirat kelak, Amin.





