Edaran Fidyah Ramadan 1447/2026

PROJEK DAPUR JUMAAT (EDARAN FIDYAH RAMADAN)

Objektif Projek

  1. Memenuhi keperluan berbuka & sahur dengan menyalurkan kotak makanan asas dan juadah bernutrisi secara berkala untuk memastikan golongan rentan terutamanya pelarian, wanita, dan kanak-kanak di Afrika dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna tanpa dibelenggu kelaparan semasa berbuka dan sahur.
  2. Menjaga maruah & meringankan beban krisis malnutrisi serta kesusahan hidup dengan menyediakan sumber nutrisi yang mencukupi, sekali gus memberi kekuatan fizikal dan ketenangan jiwa kepada mereka untuk beribadah sepanjang bulan suci.

Bantuan yang disampaikan :

1. Edaran 50 Kotak Makanan Asas di Niger

  • Lokasi negara edaran : Desa Insaniah, Kampung Zangon Jāw, bandar Madawā, wilayah Tahoua, Niger
  • Item bantuan : 50 kotak makanan asas yang mengandungi tepung (3kg), beras (3kg), minyak masak (1Liter), gula (3kg), kurma (1kg), makaroni (2kg)
  • Tarikh pelaksanaan projek : 20 Februari 2026 – 27 Februari 2026
  • Penerima manfaat : 250 orang fakir dan miskin yang menetap di Desa Insaniah di Niger
  • Anjuran : Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat

2. Edaran 50 Kotak Makanan Asas di Nigeria

  • Lokasi negara edaran : Kampung Sonbari, Nigeria
  • Item bantuan : 50 kotak makanan asas yang mengandungi tepung (3kg), beras (3kg), minyak masak (1Liter), gula (3kg), kurma (1kg), makaroni (2kg)
  • Tarikh pelaksanaan projek : 5 Mac 2026 – 7 Mac 2026
  • Penerima manfaat : 250 orang fakir dan miskin yang menetap di Kampung Sonbari, Nigeria.
  • Anjuran : Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat

Terima Kasih para penyumbang

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang telah menjayakan misi ini. Anda telah menjadi asbab kegembiraan dan kelegaan buat saudara-saudara kita di Afrika.

Penutup

Di sebalik padang pasir yang panas membakar, rumah-rumah usang, dan isu bekalan makanan yang tidak menentu, kami bertemu dengan kekuatan iman yang tidak pernah layu. Walaupun mereka tiada harta yang banyak, mereka masih memiliki harapan yang utuh. Dan selagi mana ada jiwa yang peduli, bumi ini sentiasa punya peluang untuk bangkit dan berubah.

Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan yang telah dicurahkan oleh setiap penyumbang dan individu yang terlibat. Semoga langkah kecil kita di bumi Afrika ini menjadi hujah dan saksi besar di hadapan Allah SWT di akhirat kelak, Amin.


Share:

Continue the Journey Through Our Blog

Stay updated on our latest updates, ideas, and efforts as we create meaningful impact for a better future.

Edaran Pek Makanan Sudan – Mei 2026

PROJEK DAPUR JUMAAT (EDARAN PEK MAKANAN PANAS) Objektif Projek Bantuan yang disampaikan : 1. Edaran

Edaran Hari Asyura 1447/2026

PROJEK DAPUR JUMAAT (EDARAN PEK MAKANAN PANAS) Objektif Projek Bantuan yang disampaikan : 1. Edaran

Projek Korban Barakah Malaysia Tahun 2026/1447H

PROJEK KORBAN DI MALAYSIA Objektif Projek Bantuan yang disampaikan : 1. Sembelihan 1 Ekor Lembu

©2026. All Rights Reserved

Bawa kembali kewarasan kepada kemanusiaan. Membangun sebuah tamadun berteraskan ideal dan nilai Insaniah.

Mulakan Perbualan

+60166060203

Lokasi Kami

Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat
23-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Scroll to Top

Bringing back sanity towards humanity through the thoughts and activities of an ideal civilization.

Reach us

You can find us at

Get in touch with us