Edaran Kotak Makanan Mali – April 2026

PROJEK DAPUR JUMAAT (EDARAN KOTAK MAKANAN ASAS)

Objektif Projek

  1. Menyediakan bantuan makanan asas secara konsisten kepada golongan asnaf, keluarga miskin dan terpinggir setiap hari Jumaat, bagi meringankan beban keperluan harian mereka.
  2. Meringankan beban krisis malnutrisi serta kesusahan sosioekonomi dengan menyalurkan bekalan nutrisi yang mencukupi, sekali gus memberi kekuatan fizikal, ketenangan jiwa, dan harapan untuk mereka meneruskan kehidupan dengan sejahtera.

Bantuan yang disampaikan :

1. Edaran 50 Kotak Makanan Asas di Mali

  • Lokasi negara edaran : Kampung Hamdallaye, Bandar Bamako, Mali
  • Item bantuan : 50 kotak makanan asas yang mengandungi tepung (3kg), eras (3kg), minyak masak (1Liter), gula (3kg), kurma (1kg), makaroni (2kg).
  • Tarikh pelaksanaan projek : 16 April 2026 – 22 April 2026
  • Penerima manfaat : 250 orang fakir dan miskin yang menetap di  Kampung Hamdallaye, Mali
  • Anjuran : Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat

Terima Kasih para penyumbang

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang telah menjayakan misi ini. Anda telah menjadi asbab kegembiraan dan kelegaan buat saudara-saudara kita di Afrika.

Penutup

Di sebalik padang pasir yang panas membakar, rumah-rumah usang, dan isu bekalan makanan yang tidak menentu, kami bertemu dengan kekuatan iman yang tidak pernah layu. Walaupun mereka tiada harta yang banyak, mereka masih memiliki harapan yang utuh. Dan selagi mana ada jiwa yang peduli, bumi ini sentiasa punya peluang untuk bangkit dan berubah.

Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan yang telah dicurahkan oleh setiap penyumbang dan individu yang terlibat. Semoga langkah kecil kita di bumi Afrika ini menjadi hujah dan saksi besar di hadapan Allah SWT di akhirat kelak, Amin.


Share:

Continue the Journey Through Our Blog

Stay updated on our latest updates, ideas, and efforts as we create meaningful impact for a better future.

Edaran Pek Makanan Sudan – Mei 2026

PROJEK DAPUR JUMAAT (EDARAN PEK MAKANAN PANAS) Objektif Projek Bantuan yang disampaikan : 1. Edaran

Edaran Hari Asyura 1447/2026

PROJEK DAPUR JUMAAT (EDARAN PEK MAKANAN PANAS) Objektif Projek Bantuan yang disampaikan : 1. Edaran

Projek Korban Barakah Malaysia Tahun 2026/1447H

PROJEK KORBAN DI MALAYSIA Objektif Projek Bantuan yang disampaikan : 1. Sembelihan 1 Ekor Lembu

©2026. All Rights Reserved

Bawa kembali kewarasan kepada kemanusiaan. Membangun sebuah tamadun berteraskan ideal dan nilai Insaniah.

Mulakan Perbualan

+60166060203

Lokasi Kami

Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat
23-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Scroll to Top

Bringing back sanity towards humanity through the thoughts and activities of an ideal civilization.

Reach us

You can find us at

Get in touch with us