PROJEK DAPUR JUMAAT (EDARAN IFTAR RAMADAN)
Objektif Projek
- Memenuhi keperluan berbuka & sahur dengan menyalurkan pek makanan asas dan juadah bernutrisi secara berkala untuk memastikan golongan rentan terutamanya pelarian, wanita, dan kanak-kanak di Afrika dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna tanpa dibelenggu kelaparan semasa berbuka dan sahur.
- Menjaga maruah & meringankan beban krisis malnutrisi serta kesusahan hidup dengan menyediakan sumber nutrisi yang mencukupi, sekali gus memberi kekuatan fizikal dan ketenangan jiwa kepada mereka untuk beribadah sepanjang bulan suci.
Bantuan yang disampaikan :
1. Edaran 400 Pek Makanan Panas di Sudan
- Lokasi negara edaran : Kem Pelarian di Sudan
- Item bantuan : 400 pek makanan panas yang mengandungi nasi panas, lauk daging/ayam, buah-buahan, air mineral, jus buah-buahan
- Tarikh pelaksanaan projek : 23 Februari 2026 – 12 Mac 2026
- Penerima manfaat : 400 orang pelarian dan pelajar agama di kem pelarian.
- Anjuran : Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat

2. Edaran 400 Pek Makanan Panas di Somalia
- Lokasi negara edaran : Alhidayo IDP Camp di MACAANI Village, Mogadishu, Somalia
- Item bantuan : 400 pek makanan panas yang mengandungi nasi panas, lauk daging/ayam, buah-buahan, air mineral, jus buah-buahan
- Tarikh pelaksanaan projek : 23 Februari 2026 – 4 Mac 2026
- Penerima manfaat : 400 orang fakir dan miskin yang menentap di Alhidayo IDP Camp, Somalia.
- Anjuran : Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat

3. Edaran 200 Pek Makanan Panas di Nigeria
- Lokasi negara edaran : Kampung Oko Mundia, Nigeria
- Item bantuan : 200 pek makanan panas yang mengandungi nasi panas, lauk daging/ayam, buah-buahan, air mineral, jus buah-buahan.
- Tarikh pelaksanaan projek : 5 Mac 2026 – 7 Mac 2026
- Penerima manfaat : 200 orang fakir dan miskin yang menetap di kampung Oko Mundia.
- Anjuran : Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat

Terima Kasih para penyumbang
Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang telah menjayakan misi ini. Anda telah menjadi asbab kegembiraan dan kelegaan buat saudara-saudara kita di Afrika.
Penutup
Di sebalik padang pasir yang panas membakar, rumah-rumah usang, dan isu bekalan makanan yang tidak menentu, kami bertemu dengan kekuatan iman yang tidak pernah layu. Walaupun mereka tiada harta yang banyak, mereka masih memiliki harapan yang utuh. Dan selagi mana ada jiwa yang peduli, bumi ini sentiasa punya peluang untuk bangkit dan berubah.
Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan yang telah dicurahkan oleh setiap penyumbang dan individu yang terlibat. Semoga langkah kecil kita di bumi Afrika ini menjadi hujah dan saksi besar di hadapan Allah SWT di akhirat kelak, Amin.








