PROJEK KORBAN DI MALAYSIA
Objektif Projek
- Menyantuni golongan terpinggir di bandar dan pinggir bandar, khususnya anak-anak yatim dan keluarga asnaf, melalui agihan daging korban kepada institusi kebajikan dan pusat komuniti B40, bagi memastikan mereka tidak berasa tersisih dalam sambutan hari raya Aidiladha.
- Menyuburkan keberkatan ibadah korban di tanah air sendiri dengan menyalurkan manfaatnya kepada golongan yang memerlukan di persekitaran terdekat, sekali gus memperkukuh ikatan ukhwah dan kepekaan sosial dalam kalangan masyarakat setempat.
Bantuan yang disampaikan :
1. Sembelihan 1 Ekor Lembu di Jenderam Hilir
- Lokasi korban : Surau al Muhajirin, Taman Desa Jenderam Hilir, Selangor.
- Tarikh pelaksanaan : 27 Mei 2026 – 28 Mei 2026
- Bilangan peserta yang menyertai sedekah daging : 7 bahagian
- Penerima manfaat : 250 orang asnaf & penduduk yang menetap di kampung Taman Desa Jenderam Hilir.
- Anjuran : Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat

2. Sembelihan 1 Ekor Lembu di Kajang
- Lokasi korban : Pangsapuri Kajang Impiana, Kajang Selangor.
- Tarikh pelaksanaan : 27 Mei 2026 – 28 Mei 2026
- Bilangan peserta yang menyertai sedekah daging : 7 bahagian
- Penerima manfaat : 250 orang asnaf & penduduk yang menetap di Pangsapuri Kajang Impiana.
- Anjuran : Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat

3. Sembelihan 1 Ekor Lembu Edaran Umum
- Lokasi korban : Sepang Cakna, Selangor
- Tarikh pelaksanaan : 27 Mei 2026
- Bilangan peserta yang menyertai sedekah daging : 7 bahagian
- Penerima manfaat : 250 orang asnaf & penduduk sekitar.
- Anjuran : Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat
Jumlah Keseluruhan Penerima Manfaat Korban Barakah 2026
- Korban di Malaysia : 150 buah keluarga, anggaran 750 orang penerima manfaat.
Terima Kasih para penyumbang
Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang telah menjayakan misi ini. Anda telah menjadi asbab kegembiraan dan kelegaan buat saudara-saudara kita di Malaysia.
Penutup
Di sebalik kesempitan hidup dan ekonomi yang tidak menentu, dan isu bekalan makanan yang tidak menentu, kami bertemu dengan kekuatan iman yang tidak pernah layu. Walaupun mereka tiada harta yang banyak, mereka masih memiliki harapan yang utuh. Dan selagi mana ada jiwa yang peduli, bumi ini sentiasa punya peluang untuk bangkit dan berubah.
Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan yang telah dicurahkan oleh setiap penyumbang dan individu yang terlibat. Semoga langkah kecil kita di bumi Malaysia ini menjadi hujah dan saksi besar di hadapan Allah SWT di akhirat kelak, Amin.





