PROJEK DAPUR JUMAAT (EDARAN PEK MAKANAN PANAS)
Objektif Projek
- Memenuhi keperluan berbuka & sahur dengan menyalurkan pek makanan panas dan juadah bernutrisi secara berkala untuk memastikan golongan rentan terutamanya pelarian, pelajar agama dan kanak-kanak di Afrika dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna tanpa dibelenggu kelaparan semasa berbuka dan sahur.
- Mengurangkan beban kebuluran dan tekanan hidup harian golongan sasaran dengan menyediakan hidangan panas yang sedia dimakan, sekali gus memberi keselesaan, kehangatan, dan sedikit kelegaan di tengah kesempitan hidup mereka.
Bantuan yang disampaikan :
1. Edaran 200 Pek Makanan Panas di Sudan
- Lokasi negara edaran : Markaz Tahfidz Imam ibn Katsir al-Gadaref, Sudan
- Item bantuan : 200 pek makanan panas yang mengandungi nasi panas, lauk daging/ayam, buah-buahan, air mineral, jus buah-buahan
- Tarikh pelaksanaan projek : 19 Jun 2026 – 26 Jun 2026
- Penerima manfaat : 200 orang pelajar tahfiz di Markaz Tahfidz Imam ibn Katsir al-Gadaref, Sudan
- Anjuran : Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat

Terima Kasih para penyumbang
Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang telah menjayakan misi ini. Anda telah menjadi asbab kegembiraan dan kelegaan buat saudara-saudara kita di Afrika.
Penutup
Di sebalik padang pasir yang panas membakar, rumah-rumah usang, dan isu bekalan makanan yang tidak menentu, kami bertemu dengan kekuatan iman yang tidak pernah layu. Walaupun mereka tiada harta yang banyak, mereka masih memiliki harapan yang utuh. Dan selagi mana ada jiwa yang peduli, bumi ini sentiasa punya peluang untuk bangkit dan berubah.
Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan yang telah dicurahkan oleh setiap penyumbang dan individu yang terlibat. Semoga langkah kecil kita di bumi Afrika ini menjadi hujah dan saksi besar di hadapan Allah SWT di akhirat kelak, Amin.





