Laporan Pembinaan Mesin Penyahgaraman Air Telaga – Semporna Sabah

Telaga Air Sabah : Alirkan Kebaikan, Abadikan Jariah

Lokasi : Kampung Limau-limau, Pulau Bait Semporna Sabah
Kemudahan :  Pemasangan Mesin Penyahgaraman Air Telaga  
Tarikh Mula Pemasangan :
 9 Februari 2026

Mengapa Projek Ini Suatu Keperluan?

Realiti Kehidupan di Kampung Limau-Limau, Pulau Bait,
Penduduk di sini berdepan krisis air yang kritikal akibat sumber telaga sedia ada yang bersifat payau dan masin. Bagi kelangsungan hidup, mereka terpaksa menadah air hujan atau meredah lautan ke tanah besar demi mendapatkan bekalan air bersih. Namun, ikhtiar ini datang dengan kos yang tinggi dan risiko keselamatan yang mengancam nyawa di tengah laut.

Keadaan serba kekurangan ini turut menjejaskan kesihatan penduduk di sana. Penggunaan air telaga yang masin serta air tadahan hujan secara berterusan menjadi punca utama penyakit kulit dan masalah pencernaan, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas.

Sistem Penyahgaraman Air Telaga : Sinar Harapan di Pulau Bait

Alhamdulillah, atas izin Allah SWT serta sokongan padu para penyumbang budiman, sebuah sistem penyahgaraman air telaga yang payau dan masin kini sedang giat dibina untuk manfaat penduduk di Kampung Limau-Limau, Pulau Bait, Semporna Sabah.

Projek ini bukan sekadar pemasangan infrastruktur air biasa, tetapi merupakan inisiatif strategik oleh Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat untuk memastikan akses air bersih yang bermaruah dapat dinikmati oleh setiap insan. Misi utama kami adalah untuk membebaskan saudara Se-Islam kita di kepulauan Semporna daripada risiko keselamatan laut, bebanan kewangan yang menghimpit, serta belenggu kemiskinan tegar akibat krisis air yang berpanjangan.

Spesifikasi Mesin & Penerima Manfaat

  • Teknologi Sistem : Menggunakan Sistem Penyahgaraman Osmosis Berbalik (Reverse Osmosis – RO) gred industri yang khusus untuk merawat air telaga payau dan masin sehingga mencapai piawaian air minuman yang selamat.
  • Jangka hayat & ketahanan : Sistem direkayasa untuk ketahanan jangka panjang dengan anggaran jangka hayat operasi minimum 10 tahun melalui jadual penyelenggaraan yang konsisten.
  • Kumpulan Sasaran : Memberi manfaat akses air bersih secara langsung kepada lebih 1,000 penduduk di Kampung Limau-Limau dan kawasan sekitar Pulau Bait.
  • Ketersediaan Akses : Beroperasi selama 12 jam sehari, memberikan kemudahan kepada penduduk setempat untuk mendapatkan bekalan air secara sistematik dan terkawal.

Thank You to the Donors

Alhamdulillah, berkat sokongan padu para penyumbang budiman, sebuah Sistem Penyahgaraman Air Telaga kini sedang direalisasikan untuk komuniti di Kampung Limau-Limau, Pulau Bait, Sabah. Kewujudan fasiliti ini bukan sahaja menjadi sumber air bersih bagi menamatkan krisis air payau dan masin, malah ia bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan ekonomi dan titik penyatuan umat dalam membina kehidupan yang lebih bermaruah dan lestari di wilayah kepulauan ini, Insya Allah.

Anda Juga Boleh Jadi Asbab Kebaikan Ini!!

Misi air bersih ini masih jauh perjalanannya dan masih banyak lokasi yang memerlukan perhatian kita. Dengan menyumbang, anda bukan sekadar memberi air anda memberi harapan, kesihatan, dan kehidupan.

“Sebaik-baik sedekah adalah memberi air minum.” (HR. Ahmad)


Share:

Continue the Journey Through Our Blog

Stay updated on our latest updates, ideas, and efforts as we create meaningful impact for a better future.

Misi Kemanusiaan : Trip Kemanusiaan Insani – Chad

Membawa Harapan, Menyantuni Umat di Bumi Sahel Lokasi :  Ndjamena, Chad Afrika TengahTarikh Misi : 7

Laporan Pembinaan Kompleks Masjid Insaniah Niger

Satu Kompleks, Seribu Harapan : Air, Ilmu, dan Ibadah Tarikh siap pembinaan Desa Insaniah Niger

Laporan Tahunan Projek 2025

“Menelusuri Jejak Insaniah di Bumi Afrika“ Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat (PPM-002-10-26122023) ditubuhkan pada 27 Disember

©2026. All Rights Reserved

Bring back sanity to humanity. Building a civilization founded on Insaniah ideals and values.

Start a Conversation

+60166060203

Our Location

Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat
23-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Scroll to Top

Bringing back sanity towards humanity through the thoughts and activities of an ideal civilization.

Reach us

You can find us at

Get in touch with us