Telaga Air Sabah : Alirkan Kebaikan, Abadikan Jariah
Lokasi : Kampung Limau-limau, Pulau Bait Semporna Sabah
Kemudahan : Pemasangan Mesin Penyahgaraman Air Telaga
Tarikh Mula Pemasangan : 9 Februari 2026
Mengapa Projek Ini Suatu Keperluan?
Realiti Kehidupan di Kampung Limau-Limau, Pulau Bait,
Penduduk di sini berdepan krisis air yang kritikal akibat sumber telaga sedia ada yang bersifat payau dan masin. Bagi kelangsungan hidup, mereka terpaksa menadah air hujan atau meredah lautan ke tanah besar demi mendapatkan bekalan air bersih. Namun, ikhtiar ini datang dengan kos yang tinggi dan risiko keselamatan yang mengancam nyawa di tengah laut.
Keadaan serba kekurangan ini turut menjejaskan kesihatan penduduk di sana. Penggunaan air telaga yang masin serta air tadahan hujan secara berterusan menjadi punca utama penyakit kulit dan masalah pencernaan, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas.
Sistem Penyahgaraman Air Telaga : Sinar Harapan di Pulau Bait
Alhamdulillah, atas izin Allah SWT serta sokongan padu para penyumbang budiman, sebuah sistem penyahgaraman air telaga yang payau dan masin kini sedang giat dibina untuk manfaat penduduk di Kampung Limau-Limau, Pulau Bait, Semporna Sabah.
Projek ini bukan sekadar pemasangan infrastruktur air biasa, tetapi merupakan inisiatif strategik oleh Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat untuk memastikan akses air bersih yang bermaruah dapat dinikmati oleh setiap insan. Misi utama kami adalah untuk membebaskan saudara Se-Islam kita di kepulauan Semporna daripada risiko keselamatan laut, bebanan kewangan yang menghimpit, serta belenggu kemiskinan tegar akibat krisis air yang berpanjangan.
Spesifikasi Mesin & Penerima Manfaat
- Teknologi Sistem : Menggunakan Sistem Penyahgaraman Osmosis Berbalik (Reverse Osmosis – RO) gred industri yang khusus untuk merawat air telaga payau dan masin sehingga mencapai piawaian air minuman yang selamat.
- Jangka hayat & ketahanan : Sistem direkayasa untuk ketahanan jangka panjang dengan anggaran jangka hayat operasi minimum 10 tahun melalui jadual penyelenggaraan yang konsisten.
- Kumpulan Sasaran : Memberi manfaat akses air bersih secara langsung kepada lebih 1,000 penduduk di Kampung Limau-Limau dan kawasan sekitar Pulau Bait.
- Ketersediaan Akses : Beroperasi selama 12 jam sehari, memberikan kemudahan kepada penduduk setempat untuk mendapatkan bekalan air secara sistematik dan terkawal.
Thank You to the Donors
Alhamdulillah, berkat sokongan padu para penyumbang budiman, sebuah Sistem Penyahgaraman Air Telaga kini sedang direalisasikan untuk komuniti di Kampung Limau-Limau, Pulau Bait, Sabah. Kewujudan fasiliti ini bukan sahaja menjadi sumber air bersih bagi menamatkan krisis air payau dan masin, malah ia bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan ekonomi dan titik penyatuan umat dalam membina kehidupan yang lebih bermaruah dan lestari di wilayah kepulauan ini, Insya Allah.
Anda Juga Boleh Jadi Asbab Kebaikan Ini!!
Misi air bersih ini masih jauh perjalanannya dan masih banyak lokasi yang memerlukan perhatian kita. Dengan menyumbang, anda bukan sekadar memberi air anda memberi harapan, kesihatan, dan kehidupan.
“Sebaik-baik sedekah adalah memberi air minum.” (HR. Ahmad)