Nigeria : Nikmat Jumaat dalam Setiap Pek Hangat
Lokasi Edaran : Oloro village, Daerah Iseyin, Negeri Oyo, Nigeria
Tarikh Pelaksanaan Projek : 30 Oktober 2025 – 7 November 2025
Penerima Manfaat : 200 orang pelarian
Anjuran : Pertubuhan Insaf Insani Sejagat
Tujuan Pelaksanaan Projek
Projek ini membawa dua matlamat utama :
- Meringankan beban kehidupan dan serta krisis kelaparan yang melanda di negara-negara Afrika.
- Menyampaikan bantuan makanan secara langsung kepada saudara-saudara Muslim kita di Afrika.
Bantuan Yang Disampaikan
Bantuan Pek Makanan Panas
- Item : Nasi Panas, Sup Daging/Ayam, Buah – buahan, air Jus dan air Mineral.
- 200 pek makanan panas untuk fakir miskin dan pelarian yang sering berpuasa bukan kerana pilihan, tetapi kerana ketiadaan makanan.
Setiap pek mengandungi makanan seimbang yang cukup untuk mengisi tenaga setelah seharian berpuasa. Walaupun ringkas, ia membawa makna yang sangat besar kepada mereka bukan sekadar makanan, tetapi rahmat dan tanda kasih sayang dari saudara seakidah yang jauh beribu batu.
Terima Kasih Para Penyumbang
Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang telah menjayakan misi ini. Anda telah menjadi asbab kegembiraan dan kelegaan buat saudara-saudara kita di Nigeria
Kami berharap inisiatif edaran pek makanan ini bukan sahaja mengurangkan kadar kelaparan dengan segera, malah menjadi titik permulaan strategik bagi merealisasikan projek ‘Dapur Jumaat’ dengan konsep Central Kitchen yang lebih lestari.
Teruskan Misi Kemanusiaan di Afrika
Masih ramai lagi yang menanti tangan kita untuk membantu mereka menjalani ibadah dengan lebih sempurna.
Mari terus sebarkan kebaikan. Satu pek berbuka, seribu ganjaran menanti.






