Masjid adalah salah satu elemen penting dalam satu – satu komuniti masyarakat untuk pembinaan nilai insaniah dalam diri penduduk setempat. Tauladan daripada sirah Rasulullah s.a.w apabila dalam perjalanan berhijrah ke Madinah, Baginda meminta para sahabat membina masjid di Quba sebelum tiba di Madinah.
Chad adalah antara sebuah negara termiskin di dunia. Ramai rakyat mereka yang hidup di bawah paras kemiskinan yang sangat dahsyat.
Di sebuah kawasan luar badan di Chad, terdapat sebuah masjid yang dibina menggunakan bahan asas tanah liat lagi. Malah masjid ini hanya mampu memuatkan hanya 15 orang untuk satu – satu masa, sedangkan masjid ini menerima tetamu hampir 500 orang setiap hari.
Masjid lama ini menjadi tumpuan ramai orang kerana dikeliling 4 buah kampung. Masjid ini turut menjadi persinggahan kepada para musafir kerana ia terletak berhampiran dengan jalan untuk ke bandar utama.
Insaf Insani bercadang untuk membina sebuah Masjid baru bagi menggantikan masjid yang lama. Masjid yang ingin dibina ini lebih luas, selesa dan lebih kondusif untuk digunakan oleh para jemaah. Masjid baru ingin boleh memuatkan 100 -150 orang dalam satu -satu masa. Masjid ini juga akan dilengkapi dengan mirkrofon, alat pembesar suara, sejadah dan al – quran. Disebabkan kawasan ini tiada sumber eletrik yang baik, panel solar jugak akan dipasang untuk memastikan masjid ini boleh dimanfaatkan dengan baik.
Konsep pelan masjid ini diambil daripada Dome Of Rock di Masjid Aqsa. Dome of Rock diriwayatkan adalah tempat di mana nabi memulakan perjalanan ke sindaratul muntaha dalam perisitiwa isra’ dan mikraj.
“Sesiapa yang membina Masjid yang dengannnya dia menginginkan redha Allah, maka Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga”.
(HR al-Bukhari dan Muslim)