Program Korban Barakah ini merupakan manifestasi keprihatinan Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat dalam menterjemahkan nilai-nilai kemanusiaan buat komuniti yang paling memerlukan. Menumpukan usaha di wilayah Sub-Sahara Afrika, khususnya di negara seperti Sudan, Somalia, Chad & Mali. Agihan korban dan sedekah daging ini bukan sekadar bantuan bermusim. Malah, ia adalah talian hayat yang amat bermakna buat penghuni kawasan pedalaman serta kem pelarian yang sedang bertarung dengan krisis kebuluran, kemiskinan, serta kelumpuhan ekonomi akibat kancah konflik yang berpanjangan.
Pelaksanaan program ini adalah selari dengan sabda Rasulullah SAW :
“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin di dunia, Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan di hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim)

Korban adalah antara amalan yang paling di utamakan untuk dilaksanakan ketika eid adha. Amalan ini adalah tanda kesyukuran kita di atas segala nikmat – nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Perkara ini telah di rakamkan di dalam al quran di dalam surah Al Kauthar, ayat 1 & 2 :
إِنَّآ أَعْطَيْنَـٰكَ ٱلْكَوْثَرَ (١) فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنْحَرْ (٢)
“Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).(1)
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).(2)”
Korban bersama Insaf Insani pada tahun ini sangat istimewa, kerana daging – daging yang telah dikorban, akan diagihkan kepada saudara seislam kita di beberapa negara di Afrika seperti di Sudan, Somalia, Chad & Mali. Terutama sekali mereka yang hidup di bawah paras kemiskinan yang sangat dahsyat. sasaran kita pada tahun ini, kita dapat mengagihkan daging – daging ini kepada sekurang – kurangnya 3000 orang penerima manfaat.

Tidak mahu terlepas kemeriahan beribadat di eid adha, tetapi tiada kemampuan untuk membuat korban satu bahagian penuh?
Jangan risau, anda masih boleh menghadiahkan daging kepada mereka yang memerlukan di Afrika. Dengan nilai serendah RM 30 sahaja, anda boleh memberi kebahagian dan menyelamatkan saudara kita daripada kelaparan
