Laporan Projek Edaran Pek Makanan Panas – Nigeria

Nigeria : Nikmat Jumaat dalam Setiap Pek Hangat

Lokasi Edaran :  Oloro village, Daerah Iseyin, Negeri Oyo, Nigeria
Tarikh Pelaksanaan Projek : 30 Oktober 2025 – 7 November 2025
Penerima Manfaat : 200 orang pelarian
Anjuran : Pertubuhan Insaf Insani Sejagat

Tujuan Pelaksanaan Projek

Projek ini membawa dua matlamat utama :

  1. Meringankan beban kehidupan dan serta krisis kelaparan yang melanda di negara-negara Afrika.
  2. Menyampaikan bantuan makanan secara langsung kepada saudara-saudara Muslim kita di Afrika.

Bantuan Yang Disampaikan

Bantuan Pek Makanan Panas

  • Item : Nasi Panas, Sup Daging/Ayam, Buah – buahan, air Jus dan air Mineral.
  • 200 pek makanan panas untuk fakir miskin dan pelarian yang sering berpuasa bukan kerana pilihan, tetapi  kerana ketiadaan makanan.

Setiap pek mengandungi makanan seimbang yang cukup untuk mengisi tenaga setelah seharian berpuasa. Walaupun ringkas, ia membawa makna yang sangat besar kepada mereka bukan sekadar makanan, tetapi rahmat dan tanda kasih sayang dari saudara seakidah yang jauh beribu batu.

Terima Kasih Para Penyumbang

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang telah menjayakan misi ini. Anda telah menjadi asbab kegembiraan dan kelegaan buat saudara-saudara kita di Nigeria

Kami berharap inisiatif edaran pek makanan ini bukan sahaja mengurangkan kadar kelaparan dengan segera, malah menjadi titik permulaan strategik bagi merealisasikan projek ‘Dapur Jumaat’ dengan konsep Central Kitchen yang lebih lestari.

Teruskan Misi Kemanusiaan di Afrika

Masih ramai lagi yang menanti tangan kita untuk membantu mereka menjalani ibadah dengan lebih sempurna.
Mari terus sebarkan kebaikan. Satu pek berbuka, seribu ganjaran menanti.


Share:

Continue the Journey Through Our Blog

Stay updated on our latest updates, ideas, and efforts as we create meaningful impact for a better future.

Laporan Pembinaan Telaga Insaniah – Nigeria

Telaga Insaniah Nigeria : Satu Telaga, Sejuta Kasih Buat Ummah Lokasi : NigeriaLokasi Strategik : Desa

Laporan Projek Pembinaan Masjid Insaniah di Nigeria

Membina Masjid, Membina Ummah di Nigeria Lokasi : Kampung Iseyin, Daerah Oyo, Nigeria Tarikh Siap

Laporan Pembinaan Telaga Insaniah – Chad

Air Bersih, Bukti Kasih Sayang Kita Lokasi : Pinggir bandar Ndjamena, ChadLokasi Strategik : Kem

©2026. All Rights Reserved

Bawa kembali kewarasan kepada kemanusiaan. Membangun sebuah tamadun berteraskan ideal dan nilai Insaniah.

Mulakan Perbualan

+60166060203

Lokasi Kami

Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat
23-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Scroll to Top

Bringing back sanity towards humanity through the thoughts and activities of an ideal civilization.

Reach us

You can find us at

Get in touch with us