Kompleks Masjid Insaniah

Berita terkini mengenai misi Insaf Insani.

Kompleks Masjid Insaniah, Membina Komuniti, Mengangkat Martabat Insan

Sertai misi kami bagi memartabatkan semula nilai insan buat masyarakat di Afrika. Melalui pembinaan pusat komuniti yang mampan dengan pembinaan Kompleks Masjid Insaniah. Sebuah pusat bersepadu yang menyediakan ruang ibadah, pendidikan madrasah, dan akses air bersih demi kualiti hidup saudara – saudara muslim kita di Sub Sahara Afrika yang lebih baik.
 

Pembangunan Kompleks Masjid Insaniah, Membawa sinar Insaniah ke jantung Afrika

Tentang Kompleks Masjid Insaniah

Kompleks Masjid Insaniah, yang kami jenamakan sebagai “Desa Insaniah,” merupakan sebuah projek berimpak tinggi yang diusahakan Insaf Insani buat saudara kita di Afrika.

Dengan projek ini, kami bukan sekadar membina dinding binaan, tetapi membina masa depan. Kompleks Desa Insaniah berfungsi melindungi nilai-nilai asas kehidupan manusia dan mengembalikan maruah ummah. Melalui masjid yang tenang untuk beribadah, madrasah untuk didikan generasi muda, serta telaga air bersih sebagai nadi kehidupan seharian, harapan kami adalah untuk membina ekosistem kehidupan yang lebih baik bagi saudara – saudara muslim kita di sub sahara Afrika.

Projek ini dirangka berlandaskan tunjang Nilai Insaniah, dengan matlamat mengangkat kemuliaan setiap insan, memelihara keadilan sesama manusia, dan membuka ruang kepada kehidupan yang lebih baik bagi saudara – saudara Muslim di bumi Afrika, insya-Allah.

 

Komponen Kompleks Masjid Insaniah.

Kompleks ini akan merangkumi fungsi menyeluruh untuk memastikan perubahan masyarakat yang lestari :

  • Pembinaan Masjid : Penyediaan tempat ibadah yang jauh lebih selesa dan aman. Di pedalaman Afrika, realitinya masih ramai saudara kita yang terpaksa bersujud di atas tanah merah, di dalam masjid yang tidak berdinding dan hanya berbumbungkan pelepah kayu yang rapuh.
  • Pembinaan Madrasah : Berperanan sebagai pusat didikan dan tarbiyah bagi generasi muda di sana. Data menunjukkan, kemiskinan dan kekurangan infrastruktur telah menyebabkan lebih 2 juta kanak-kanak di Afrika tercicir daripada persekolahan. Madrasah Desa Insaniah hadir sebagai pusat tarbiyah untuk membimbing mereka, membina sahsiah, dan memberikan harapan baru melalui pendidikan yang lebih berkualiti.
  • Pembinaan Telaga air bersih : Kesejahteraan sesebuah komuniti hanya akan tercapai apabila keperluan asas seperti air bersih dipenuhi. Melalui pembinaan Telaga Insaniah, penduduk di Desa Insaniah kini dapat menikmati akses air bersih dengan mudah tanpa perlu berjalan jauh. Kemudahan ini bakal memenuhi keperluan harian mereka secara mampan, sama ada untuk minuman, memasak, mahupun kegunaan domestik yang lain.
  • Hab Ekonomi (Projek Pertanian & Penternakan) : Melalui projek pertanian dan penternakan, matlamat kami adalah untuk menghidupkan ekonomi saudara – saudara muslim kita di Afrika supaya mereka dapat berdikari dan tidak lagi bergantung kepada bantuan luar. Projek ini bukan sahaja mewujudkan peluang kerjaya buat penduduk setempat, malah hasilnya akan disalurkan semula sebagai dana kelestarian bagi menyokong aktiviti di Masjid dan Madrasah Insaniah.
  • Klinik Kesihatan Komuniti : Inisiatif ini hadir sebagai solusi buat saudara – saudara muslim kita di sub sahara afrika Afrika pedalaman yang selama ini terabai tanpa fasiliti perubatan. Fokus utama kami adalah menyediakan akses rawatan khusus bagi ibu mengandung agar mereka dapat bersalin dengan selamat dalam persekitaran yang bersih dan terjaga. Selain mengurangkan kadar kematian, klinik ini turut dapat menyediakan rawatan kecemasan setempat, sekaligus menghapuskan cabaran dan penghalang masyarakat di kawasan pedalaman untuk mendapatkan rawatan segera.

 

Sasaran & Impak 

Sasaran utama Kompleks Masjid Insaniah adalah untuk membawa perubahan kepada kualiti kehidupan saudara muslim di Sub Sahara Afrika, merangkumi pembangunan infrastruktur serta pengukuhan aspek rohani dan jasmani. Impak projek ini melangkaui bantuan dan pembinaan bangunan semata, ia adalah usaha untuk memartabatkan semula nilai insan pada masyarakat Afrika dengan menjamin keadilan sosial dan membina jambatan harapan bagi saudara kita di sana untuk hidup dengan lebih berkualiti dan bermaruah.

 

It seems we can’t find what you’re looking for.
It seems we can’t find what you’re looking for.

Sokong Projek Ini Dengan Sumbangan Anda

Derma melalui Pemindahan ATM

Nama Akaun: Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat

Rujukan: Insaniah-IH

5622 6361 2483

©2026. All Rights Reserved

Bawa kembali kewarasan kepada kemanusiaan. Membangun sebuah tamadun berteraskan ideal dan nilai Insaniah.

Mulakan Perbualan

+60166060203

Lokasi Kami

Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat
23-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Scroll to Top

Bringing back sanity towards humanity through the thoughts and activities of an ideal civilization.

Reach us

You can find us at

Get in touch with us