Masjid Insaniah di Chad
Lokasi : Chad
Tarikh Siap : 25 December 2024
Penerima Manfaat : 500 orang dari penduduk sekitar.
Latar Belakang
Di kawasan pedalaman Chad, masjid yang ada sebelum ini hanyalah sebuah struktur kecil diperbuat daripada tanah liat, bersaiz hampir seperti sebuah bilik, namun terpaksa menampung keperluan ibadah kira-kira 500 penduduk kampung.
Lebih membimbangkan, kawasan ini hanya mempunyai satu masjid untuk solat berjemaah yang dikongsi oleh empat buah kampung berdekatan. Selain penduduk setempat, masjid ini turut menjadi persinggahan musafir, dengan anggaran lebih 50 buah bas berhenti di sini untuk menunaikan solat dalam perjalanan.
Dibina untuk Ibadah, Dihidupkan untuk Masyarakat
Masjid Insaniah di Chad ini bukan sekadar sebuah bangunan, tetapi juga usaha untuk menerapkan nilai insaniah di dalam komuniti sekitar. Komuniti ini yang dahulunya tidak mempunyai tempat ibadah yang selesa, kini, azan berkumandang, solat berjemaah berlangsung, dan ilmu agama dapat disebarkan di dalam rumah Allah ini.
Kemudahan masjid ini lebih selesa, kukuh dan selamat serta kini lengkap dengan lantai, dinding, bumbung yang baik dan sistem pencahayaan.
Terima Kasih Kepada Para Penyumbang
Masjid ini tidak mungkin dapat didirikan tanpa sokongan ikhlas dan derma daripada anda semua. Setiap batu bata, setiap ruang solat yang terbina adalah bukti kasih sayang umat Islam yang bersatu membantu saudara mereka yang memerlukan.
Semoga setiap solat, zikir, dan doa yang berkumandang di masjid ini menjadi pahala jariah yang kekal mengalir hingga ke akhirat.
Mari Teruskan Usaha Membangun Rumah Allah
Projek ini adalah salah satu daripada banyak kawasan lain yang masih menanti masjid yang selesa.




