Somalia : Nikmat Jumaat dalam Setiap Pek Hangat
Lokasi Edaran : Kem Nadhifah, daerah Mogadishu, Somalia
Tarikh Pelaksanaan Projek : 1 November 2025 – 19 November 2025
Penerima Manfaat : 200 orang fakir miskin di kem pelarian Nadhifah
Anjuran : Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat
Tujuan pelaksanaan Projek
Projek ini membawa dua matlamat utama :
- Menyampaikan bantuan makanan secara langsung kepada saudara-saudara Muslim kita di Somalia.
- Meringankan beban kehidupan dan serta krisis kelaparan yang melanda di negara-negara Afrika.
Bantuan yang disampaikan
Bantuan Pek Makanan Panas
- Item : Nasi Panas, Sup Daging/Ayam, Buah – buahan, air Jus dan air Mineral.
- 200 pek makanan panas untuk fakir miskin dan pelarian yang sering berpuasa bukan kerana pilihan, tetapi kerana ketiadaan makanan.
Pemerhatian & Harapan Kami
Kami berharap inisiatif edaran pek makanan ini bukan sahaja mengurangkan kadar kelaparan dengan segera, malah menjadi titik permulaan strategik bagi merealisasikan projek ‘Dapur Jumaat’ dengan konsep Central Kitchen yang lebih lestari.
Terima Kasih para penyumbang
Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang telah menjayakan misi ini. Anda telah menjadi asbab kegembiraan dan kelegaan buat saudara-saudara kita di Nigeria
Penutup
Di sebalik padang pasir yang panas membakar, rumah-rumah usang, dan isu bekalan makanan yang tidak menentu, kami bertemu dengan kekuatan iman yang tidak pernah layu. Walaupun mereka tiada harta yang banyak, mereka masih memiliki harapan yang utuh. Dan selagi mana ada jiwa yang peduli, bumi ini sentiasa punya peluang untuk bangkit dan berubah.
Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan yang telah dicurahkan oleh setiap penyumbang dan individu yang terlibat. Semoga langkah kecil kita di bumi Afrika ini menjadi hujah dan saksi besar di hadapan Allah SWT di akhirat kelak, Amin.





