Dari Rumah Allah, Tercetusnya Cahaya Ilmu dan Kehidupan
Lokasi: Laluan utama menuju sempadan Cameroon
Masjid Berinspirasi Qubbatu Sakhra, Palestin
Tarikh Siap: 28 Oktober 2024
Inisiatif: Insaf Insani
Masjid Insaniah: Satu-satunya di Kawasan Ini
Di kawasan pedalaman Sub-Sahara ini, tiada masjid lain yang mampu menampung keperluan rohani masyarakat setempat. Kini, dengan izin Allah dan sokongan para penyumbang budiman, terbinanya Kompleks Masjid Insaniah — mercu tanda Islam di tanah gersang ini.
Masjid ini diilhamkan daripada seni bina Qubbatu Sakhra di Palestin, menggambarkan roh perjuangan Islam yang mengakar dari bumi suci ke benua Afrika.
Ciri-ciri masjid:
✅ Ruang solat untuk hampir 100 jemaah serentak✅ Dilengkapi panel solar, sistem pembesar suara, tikar solat, dan mushaf al-Quran✅ Satu-satunya masjid di kawasan ini, strategik untuk musafir dan penduduk setempat✅ Menjadi pusat rujukan agama di kawasan yang tidak mempunyai madrasah dalam radius yang jauh
Telaga Insaniah Bersama Kompleks
Sebagai pelengkap keperluan asas, sebuah Telaga Insaniah dibina bersebelahan masjid, memastikan kemudahan wuduk dan air bersih sentiasa tersedia.
Spesifikasi telaga:
✅ Pam motor automatik
✅ Tangki air berkapasiti 500 liter
✅ Akses 24 jam untuk komuniti
Impian Kami: Kompleks Mandiri Umat
Kompleks ini bukan sekadar masjid dan telaga.
�� Kami berhasrat untuk membina madrasah bagi mendidik generasi huffaz dan ilmuwan Islam
�� Kami merancang untuk membina pusat ekonomi komuniti, supaya penduduk tidak hanya bertahan — tetapi mampu bangkit dan berdikari
“Kami ingin tempat ini menjadi pusat dakwah, pusat pendidikan, dan pusat ekonomi — titik kebangkitan Islam di Sub-Sahara Afrika.”
Terima Kasih Para Penyumbang
Kompleks Masjid Insaniah ini adalah hasil daripada keprihatinan anda, para penyumbang yang tidak pernah jemu menyokong misi kami.
Setiap sujud di sini, setiap air wuduk yang mengalir, setiap huruf Quran yang dibaca – pahala itu mengalir kepada anda.
Teruskan Bersama Kami Membangun Peradaban Islam
Kami sedang mengumpul dana untuk fasa seterusnya:
Pembinaan MadrasahPenubuhan pusat ekonomi & latihan kemahiranUsaha menjadikan komuniti ini berdikari dan berdaya saing
“Dari masjid terpancar cahaya Islam. Dari infaq anda lahir generasi perubahan.”
“Barang siapa membina masjid kerana Allah, Allah akan membinakan baginya rumah di syurga.” – (HR. Bukhari & Muslim)
Galeri


















