Laporan Projek Pembinaan Masjid Mansa Musa

Sebuah Cahaya Baharu di Mali

Lokasi: Mali

Tarikh Siap: 25 April 2025
Penerima Manfaat: Hampir 2,000 penduduk kampung sekitar

Latar Belakang

Sebelum ini, penduduk kampung di kawasan ini hanya memiliki sebuah ruang solat yang sangat daif — berlantai pasir, berdinding angin, berbumbung jerami, dan tanpa elektrik. Namun, ia tidak mematahkan semangat mereka untuk terus mendirikan solat dan menghidupkan aktiviti keagamaan.

Majoriti daripada mereka adalah penduduk miskin tegar, namun semangat untuk beribadah tetap utuh — walaupun dalam serba kekurangan.

Masjid Baharu, Harapan Baharu

Dengan izin Allah dan sokongan para penyumbang yang prihatin, Masjid Mansa Musa kini telah siap dibina. Masjid ini mampu menampung hampir 100 jemaah dalam satu-satu masa, dan memberi manfaat kepada sekitar 2,000 penduduk kampung.

Kemudahan masjid ini lebih selesa, kukuh dan selamat — serta kini lengkap dengan lantai, dinding, bumbung yang baik dan sistem pencahayaan.

Terima Kasih Kepada Para Penyumbang

Masjid ini tidak mungkin dapat didirikan tanpa sokongan ikhlas dan derma daripada anda semua. Setiap batu bata, setiap ruang solat yang terbina adalah bukti kasih sayang umat Islam yang bersatu membantu saudara mereka yang memerlukan.

Semoga setiap solat, zikir, dan doa yang berkumandang di masjid ini menjadi pahala jariah yang kekal mengalir hingga ke akhirat.

Mari Teruskan Usaha Membangun Rumah Allah

Projek ini adalah salah satu daripada banyak kawasan lain yang masih menanti masjid yang selesa.


Share:

Continue the Journey Through Our Blog

Stay updated on our latest updates, ideas, and efforts as we create meaningful impact for a better future.

Laporan projek

Projek Madrasah Quran: Bantuan Lampu Solar Lokasi: Pinggiran Bandar N’djamena, ChadTarikh Siap: 17 Jun 2025Penerima

Laporan Projek Korban 1446H / 2025M

Menyantuni Mereka Yang Kelaparan di Afrika Lokasi Edaran: Zimbabwe, Somalia & ChadTarikh Pelaksanaan: 10 Jun

Laporan Projek Edaran Pek Berbuka Puasa

Mali: Menyentuh Jiwa, Mengisi Lapar 📍 Lokasi: Mali📅 Tarikh: 24 Mac 2025 (21 Ramadan 1446H)👥

©2025. All Rights Reserved

Bawa kembali kewarasan kepada kemanusiaan. Membangun sebuah tamadun berteraskan ideal dan nilai Insaniah.

Mulakan Perbualan

+60166060203

Lokasi Kami

Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat
23-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

ms_MYMS
Scroll to Top

Bringing back sanity towards humanity through the thoughts and activities of an ideal civilization.

Reach us

You can find us at

Get in touch with us