Laporan Projek Pembinaan Masjid Insaniah di Nigeria

Membina Masjid, Membina Ummah di Nigeria

Lokasi : Kampung Iseyin, Daerah Oyo, Nigeria

Tarikh Siap Pembinaan : 13 Ogos 2025

Penerima Manfaat : Hampir 3,000 penduduk di sekitar Kampung Iseyin

Latar Belakang

Kampung Iseyin yang terletak di daerah Oyo, Nigeria mempunyai jumlah penduduk seramai 3,000 orang. Jarak perjalanan ke bandar terdekat adalah sejauh 1,000 km, manakala jarak ke masjid terdekat pula adalah sekitar 10 km.

Nisbah penduduk Muslim di perkampungan ini adalah sebanyak 75%. Namun begitu, kadar buta huruf bagi masyarakat di sana masih tinggi, iaitu seramai 50% daripada penduduk tidak dapat membaca dan menulis.

Masjid Komuniti, Nadi Iman

Dengan izin Allah dan sokongan para penyumbang yang prihatin, Masjid Insaniah di Nigeria kini telah siap dibina. Masjid ini mampu menampung hampir 100 jemaah dalam satu-satu masa, dan memberi manfaat kepada sekitar 3,000 penduduk kampung Iseyin.

Kemudahan masjid ini lebih selesa, kukuh dan selamat serta kini lengkap dengan lantai, dinding, bumbung yang baik dan sistem pencahayaan.

Terima Kasih Kepada Para Penyumbang

Masjid ini tidak mungkin dapat didirikan tanpa sokongan ikhlas dan derma daripada anda semua. Setiap batu bata, setiap ruang solat yang terbina adalah bukti kasih sayang umat Islam yang bersatu membantu saudara mereka yang memerlukan.

Semoga setiap solat, zikir, dan doa yang berkumandang di masjid ini menjadi pahala jariah yang kekal mengalir hingga ke akhirat.

Mari Teruskan Usaha Membangun Rumah Allah

Projek ini adalah salah satu daripada banyak kawasan lain yang masih menanti masjid yang selesa.


Share:

Continue the Journey Through Our Blog

Stay updated on our latest updates, ideas, and efforts as we create meaningful impact for a better future.

Laporan Pembinaan Telaga Insaniah – Nigeria

Telaga Insaniah Nigeria : Satu Telaga, Sejuta Kasih Buat Ummah Lokasi : NigeriaLokasi Strategik : Desa

Laporan Projek Edaran Pek Makanan Panas – Nigeria

Nigeria : Nikmat Jumaat dalam Setiap Pek Hangat Lokasi Edaran : Oloro village, Daerah Iseyin,

Laporan Pembinaan Telaga Insaniah – Chad

Air Bersih, Bukti Kasih Sayang Kita Lokasi : Pinggir bandar Ndjamena, ChadLokasi Strategik : Kem

©2026. All Rights Reserved

Bring back sanity to humanity. Building a civilization founded on Insaniah ideals and values.

Start a Conversation

+60166060203

Our Location

Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat
23-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Scroll to Top

Bringing back sanity towards humanity through the thoughts and activities of an ideal civilization.

Reach us

You can find us at

Get in touch with us