Laporan Pembinaan Kompleks Masjid Insaniah Nigeria

Desa Insaniah Nigeria : Membina Harapan, Memartabatkan Insan

Tarikh siap pembinaan Desa Insaniah Nigeria : 21 November 2025
Penerima Manfaat : Projek ini dianggarkan memberi manfaat secara langsung kepada hampir 500 penduduk di sekitar Kampung Iseyin, Nigeria.

Pendahuluan & Lokasi Desa Insaniah Nigeria

Projek “Desa Insaniah” di Nigeria merupakan inisiatif berimpak tinggi oleh Insaf Insani yang bertujuan membina masa depan komuniti Islam melalui penyediaan infrastruktur mampan. Usaha ini bermatlamat untuk melindungi nilai-nilai asas kehidupan serta memartabatkan semula maruah ummah di kawasan pedalaman.

Di pedalaman Kampung Araromi, Daerah Iseyin, Negeri Oyo, Nigeria, seramai 3,000 penduduk hidup dalam keadaan terisolasi dengan jarak 1,000 km ke bandar terdekat. Bayangkan kesukaran mereka apabila masjid terdekat pula terletak 10 km jauhnya. Walaupun 75% penduduk adalah saudara seagama kita, separuh daripada mereka (50%) masih terbelenggu dengan masalah buta huruf. Keadaan ini menuntut tindakan segera kita untuk membawa perubahan melalui pendidikan dan kemudahan ibadah yang lebih dekat.

Pembinaan Projek Semasa

Pembangunan tiga tunjang utama Desa Insaniah kini telah lengkap sepenuhnya, merangkumi aspek ibadah, pendidikan, dan akses air bersih.

Pembangunan & Spesifikasi Masjid Insaniah :

Kapasiti & Ruang : Masjid seluas 50 meter persegi ini mampu memuatkan anggaran 80 jemaah dalam satu masa.

Struktur : Dibina dengan bumbung zink bertulangkan kayu bagi menggantikan fasiliti daif sebelum ini yang mana tiada atap atau bumbung.

Pengudaraan & Cahaya: Mempunyai 3 pintu dan 6 tingkap, serta dilengkapi lampu elektrik dan 4 kipas siling untuk keselesaan ibadah.

Sistem Audio : Dilengkapi set mikrofon dan pembesar suara untuk kemudahan azan serta penyampaian ilmu.

Pembangunan & Spesifikasi Madrasah Insaniah :

Spesifikasi Ruang : Madrasah dibina dengan keluasan 75 meter persegi, terdiri daripada tiga bilik darjah (25 meter persegi setiap satu), sebuah pejabat pengurusan seluas 20 meter persegi, dan kemudahan tandas.

Kelengkapan Akademik : Setiap bilik darjah dilengkapi dengan papan putih, dua buah kipas siling dan lampu untuk pembelajaran, serta 10 set meja dan kerusi berbentuk segitiga bagi menyokong suasana pembelajaran yang kondusif.

Sasaran Pelajar : Kemudahan ini mampu menampung anggaran 30 orang pelajar bagi setiap sesi, dengan anggaran manfaat mencecah 90 pelajar lelaki dan perempuan setiap tahun.

Objektif Pendidikan : Berperanan sebagai pusat tarbiyah untuk membina sahsiah generasi muda dan memberikan harapan baru melalui pendidikan berkualiti bagi mengatasi isu keciciran sekolah di Afrika.

Pembinaan & Spesifikasi Telaga Air Bersih :

Sistem dan Fungsi : Sebuah telaga jenis biasa yang dilengkapi dengan sistem pam elektrik untuk memudahkan capaian air.

Kedalaman dan Spesifikasi : Telaga ini digali dengan kedalaman antara 15 hingga 20 meter bagi memastikan bekalan air yang stabil.

Penyimpanan dan Agihan : Dilengkapi dengan sebuah tangki berkapasiti 1,000 liter serta 6 buah paip air untuk kegunaan komuniti setempat.

Penerima Manfaat : Kemudahan ini dianggarkan bakal memberi manfaat secara langsung kepada 500 orang penduduk di sekitar Desa Insaniah.

Jangka Hayat Telaga : Sistem ini dirancang untuk berfungsi secara mampan dengan jangka hayat minimum selama 5 tahun bagi memenuhi keperluan harian penduduk.

Impian Kami : Kompleks Mandiri Umat

Kompleks ini bukan sekadar binaan fizikal masjid, madrasah, dan telaga. Ia adalah sebuah ekosistem kehidupan. Melalui pembinaan pusat ekonomi, kami ingin melihat penduduk bangkit berdikari dan mengubah nasib mereka sendiri. Klinik kesihatan yang dibina pula menjadi sinar harapan menamatkan penderitaan saudara kita di Sub-Sahara Afrika yang selama ini terpaksa berjalan berkilometer jauhnya hanya untuk mendapatkan rawatan kecemasan asas.

Semoga setiap solat, zikir, dan doa yang berkumandang di masjid dan madrasah ini menjadi pahala jariah yang kekal mengalir hingga ke akhirat, Amiiin.


Share:

Continue the Journey Through Our Blog

Stay updated on our latest updates, ideas, and efforts as we create meaningful impact for a better future.

Laporan Pembinaan Kompleks Masjid Insaniah Niger

Satu Kompleks, Seribu Harapan : Air, Ilmu, dan Ibadah Tarikh siap pembinaan Desa Insaniah Niger

Laporan Tahunan Projek 2025

“Menelusuri Jejak Insaniah di Bumi Afrika“ Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat (PPM-002-10-26122023) ditubuhkan pada 27 Disember

Laporan Projek Edaran Pek Makanan Panas – Mali

Mali : Nikmat Jumaat dalam Setiap Pek Hangat Lokasi Edaran : Markaz Pusat Umar bin

©2026. All Rights Reserved

Bring back sanity to humanity. Building a civilization founded on Insaniah ideals and values.

Start a Conversation

+60166060203

Our Location

Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat
23-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Scroll to Top

Bringing back sanity towards humanity through the thoughts and activities of an ideal civilization.

Reach us

You can find us at

Get in touch with us