Kompleks Masjid Insaniah – Titik Kebangkitan Islam Sub-Sahara

Dari Rumah Allah, Tercetusnya Cahaya Ilmu dan Kehidupan

Location: Laluan utama menuju sempadan Cameroon
Masjid Berinspirasi Qubbatu Sakhra, Palestin
Completion Date:
28 Oktober 2024
Inisiatif: Insaf Insani

Masjid Insaniah: Satu-satunya di Kawasan Ini

Di kawasan pedalaman Sub-Sahara ini, tiada masjid lain yang mampu menampung keperluan rohani masyarakat setempat. Kini, dengan izin Allah dan sokongan para penyumbang budiman, terbinanya Kompleks Masjid Insaniah — mercu tanda Islam di tanah gersang ini.

Masjid ini diilhamkan daripada seni bina Qubbatu Sakhra di Palestin, menggambarkan roh perjuangan Islam yang mengakar dari bumi suci ke benua Afrika.

Ciri-ciri masjid:

✅ Ruang solat untuk hampir 100 jemaah serentak✅ Dilengkapi panel solar, sistem pembesar suara, tikar solat, dan mushaf al-QuranSatu-satunya masjid di kawasan ini, strategik untuk musafir dan penduduk setempat✅ Menjadi pusat rujukan agama di kawasan yang tidak mempunyai madrasah dalam radius yang jauh

Telaga Insaniah Bersama Kompleks

Sebagai pelengkap keperluan asas, sebuah Telaga Insaniah dibina bersebelahan masjid, memastikan kemudahan wuduk dan air bersih sentiasa tersedia.

Spesifikasi telaga:

✅ Pam motor automatik

✅ Tangki air berkapasiti 500 liter

✅ Akses 24 jam untuk komuniti

Impian Kami: Kompleks Mandiri Umat

Kompleks ini bukan sekadar masjid dan telaga.

�� Kami berhasrat untuk membina madrasah bagi mendidik generasi huffaz dan ilmuwan Islam
�� Kami merancang untuk membina pusat ekonomi komuniti, supaya penduduk tidak hanya bertahan — tetapi mampu bangkit dan berdikari

“Kami ingin tempat ini menjadi pusat dakwah, pusat pendidikan, dan pusat ekonomi — titik kebangkitan Islam di Sub-Sahara Afrika.”

Thank You to the Donors

Kompleks Masjid Insaniah ini adalah hasil daripada keprihatinan anda, para penyumbang yang tidak pernah jemu menyokong misi kami.

Setiap sujud di sini, setiap air wuduk yang mengalir, setiap huruf Quran yang dibaca – pahala itu mengalir kepada anda.

Teruskan Bersama Kami Membangun Peradaban Islam

Kami sedang mengumpul dana untuk fasa seterusnya:

Pembinaan MadrasahPenubuhan pusat ekonomi & latihan kemahiranUsaha menjadikan komuniti ini berdikari dan berdaya saing

“Dari masjid terpancar cahaya Islam. Dari infaq anda lahir generasi perubahan.”

“Barang siapa membina masjid kerana Allah, Allah akan membinakan baginya rumah di syurga.” – (HR. Bukhari & Muslim)


Gallery

Share:

Continue the Journey Through Our Blog

Stay updated on our latest updates, ideas, and efforts as we create meaningful impact for a better future.

Project report

Quran Madrasah Project: Solar Lamp Assistance Location: Outskirts of N’djamena, ChadCompletion Date: 17 June 2025Recipient

Qurban Project Report 1446H / 2025M

Reaching Out to the Hungry in Africa Distribution Locations: Zimbabwe, Somalia & Chad Implementation Date: 10 June

Mansa Musa Mosque Construction Project Report

A New Light in Mali Location: Mali Completion Date: 25 April 2025Beneficiaries: Nearly 2,000

©2025. All Rights Reserved

Bring back sanity to humanity. Building a civilization founded on Insaniah ideals and values.

Start a Conversation

+60166060203

Our Location

Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat
23-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Scroll to Top

Bringing back sanity towards humanity through the thoughts and activities of an ideal civilization.

Reach us

You can find us at

Get in touch with us