Laporan Tahunan Projek 2025

“Menelusuri Jejak Insaniah di Bumi Afrika

Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat (PPM-002-10-26122023) ditubuhkan pada 27 Disember 2023 dan berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Objektif utama pertubuhan adalah mengembalikan nilai insaniah yang telah lama hilang di dalam jiwa umat dan fokus semasa pertubuhan adalah di kawasan Afrika.

Menutup tirai tahun 2025, Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan kerjasama, sukarelawan, dan penyumbang yang baik hati yang telah menjadi tulang belakang kepada setiap misi kemanusiaan ini. Kami bertekad untuk terus memacu perubahan positif melalui program-program pemerkasaan yang berpaksikan keadilan dan pemeliharaan kemuliaan insan tanpa mengira sempadan.

Setiap laporan ini adalah bukti nyata bahawa melalui kerjasama yang strategik, kita mampu merapatkan jurang ketidakadilan sosial dan memberikan sinar baharu kepada mereka yang memerlukan. Insaf Insani tidak akan berhenti berjuang untuk menegakkan keadilan demi melindungi kemuliaan insan, terutamanya di kawasan yang memerlukan perhatian kritikal.

Kami percaya bahawa akses kepada kehidupan berkualiti adalah hak setiap insan, dan melalui semangat kebersamaan ini, kita akan terus melangkah ke hadapan untuk menyemai benih kebahagiaan bersama yang bakal dinikmati oleh generasi akan datang

Projek yang kami laksnakan ini bukan sekadar binaan fizikal masjid, madrasah, dan telaga. Ia adalah sebuah ekosistem kehidupan. Melalui pembinaan pusat ekonomi, kami ingin melihat penduduk bangkit berdikari dan mengubah nasib mereka sendiri. Klinik kesihatan yang dibina pula menjadi sinar harapan menamatkan penderitaan saudara kita di Sub-Sahara Afrika yang selama ini terpaksa berjalan berkilometer jauhnya hanya untuk mendapatkan rawatan kecemasan asas.

Semoga usaha murni ini menjadi pemangkin kepada taraf kehidupan berkualiti yang menyeluruh, sekaligus menterjemahkan impian kita untuk melihat kebahagiaan bersama menjadi realiti buat seluruh umat manusia.. Amiin


Share:

Continue the Journey Through Our Blog

Stay updated on our latest updates, ideas, and efforts as we create meaningful impact for a better future.

Laporan Pembinaan Kompleks Masjid Insaniah Niger

Satu Kompleks, Seribu Harapan : Air, Ilmu, dan Ibadah Tarikh siap pembinaan Desa Insaniah Niger

Laporan Projek Edaran Pek Makanan Panas – Mali

Mali : Nikmat Jumaat dalam Setiap Pek Hangat Lokasi Edaran : Markaz Pusat Umar bin

Laporan Projek Edaran Pek Makanan Panas – Niger

Niger : Nikmat Jumaat dalam Setiap Pek Hangat Lokasi Edaran :  Kampung Iroufa Djibs, negeri

©2026. All Rights Reserved

Bring back sanity to humanity. Building a civilization founded on Insaniah ideals and values.

Start a Conversation

+60166060203

Our Location

Pertubuhan Insaf Insaniah Sejagat
23-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Scroll to Top

Bringing back sanity towards humanity through the thoughts and activities of an ideal civilization.

Reach us

You can find us at

Get in touch with us