Satu Kompleks, Seribu Harapan : Air, Ilmu, dan Ibadah
Tarikh siap pembinaan Desa Insaniah Niger : 18 Januari 2026
Penerima Manfaat : Pembinaan ini dapat memberi manfaat secara langsung kepada 300 orang daripada keseluruhan 3,000 penduduk di sekitar Kampung Zangon Jāw, Niger.
Pendahuluan & Lokasi Desa Insaniah Niger
Projek “Desa Insaniah” di Nigeria merupakan inisiatif berimpak tinggi oleh Insaf Insani yang bertujuan membina masa depan komuniti Islam melalui penyediaan infrastruktur mampan. Usaha ini bermatlamat untuk melindungi nilai-nilai asas kehidupan serta memartabatkan semula maruah ummah di kawasan pedalaman.
Penduduk di Kampung Zangon Jāw, Bandar Madawā, Wilayah Tahoua, Niger, umumnya hidup dalam cengkaman kemiskinan ekstrem dengan anggaran 99% penduduk dikategorikan sebagai fakir dan miskin. Meskipun masyarakat Islam membentuk 95% daripada populasi, pendapatan purata mereka hanyalah sekitar USD1 sehari, menyebabkan keperluan asas dan kemudahan ibadah yang sempurna sukar dimiliki.
Dari aspek pendidikan, Kampung Zangon Jāw berhadapan dengan cabaran buta huruf yang melibatkan kira-kira 20% penduduknya. Kanak-kanak di kawasan ini amat memerlukan perhatian segera kerana kehilangan akses kepada sistem pendidikan formal dan pembangunan rohani yang tersusun. Pembangunan madrasah di bawah projek Desa Insaniah ini bertujuan untuk merapatkan jurang tersebut dan memberikan mereka peluang masa depan yang lebih cerah.
Pembinaan Projek Semasa
Alhamdulillah, proses pembinaan Masjid, Madrasah, dan Telaga di Niger iaitu pembangunan tiga tunjang utama bagi Desa Insaniah kini telah lengkap sepenuhnya, merangkumi aspek ibadah, pendidikan, dan akses air bersih.
Pembangunan & Spesifikasi Masjid Insaniah :
Kapasiti & Ruang : Masjid seluas 50 meter persegi ini mampu memuatkan anggaran 80 jemaah dalam satu masa.
Struktur : Dibina dengan bumbung zink bertulangkan kayu bagi menggantikan fasiliti daif sebelum ini yang mana tiada atap atau bumbung.
Pengudaraan & Cahaya: Mempunyai 3 pintu dan 6 tingkap, serta dilengkapi lampu elektrik dan 4 kipas siling untuk keselesaan ibadah.
Sistem Audio : Dilengkapi set mikrofon dan pembesar suara untuk kemudahan azan serta penyampaian ilmu.
Pembangunan & Spesifikasi Madrasah Insaniah :
Spesifikasi Ruang : Madrasah dibina dengan keluasan 75 meter persegi, terdiri daripada tiga bilik darjah (25 meter persegi setiap satu), sebuah pejabat pengurusan seluas 20 meter persegi, dan kemudahan tandas.
Kelengkapan Akademik : Setiap bilik darjah dilengkapi dengan papan putih, dua buah kipas siling dan lampu untuk pembelajaran, serta 10 set meja dan kerusi berbentuk segitiga bagi menyokong suasana pembelajaran yang kondusif.
Sistem Bekalan Elektrik : Memandangkan Kampung Zangon Jāw tidak mempunyai akses kepada rangkaian elektrik utama, sistem tenaga solar telah diperkenalkan bagi menjamin kelestarian penggunaan di kompleks tersebut. Sebanyak 2 unit panel solar berkapasiti 250 watt setiap satu telah dipasang khusus untuk membekalkan tenaga elektrik yang stabil bagi pengoperasian kipas dan lampu di madrasah.
Sasaran Pelajar : Kemudahan ini mampu menampung anggaran 30 orang pelajar bagi setiap sesi, dengan anggaran manfaat mencecah 90 pelajar lelaki dan perempuan setiap tahun.
Objektif Pendidikan : Berperanan sebagai pusat tarbiyah untuk membina sahsiah generasi muda dan memberikan harapan baru melalui pendidikan berkualiti bagi mengatasi isu keciciran sekolah di Afrika.
Pembinaan & Spesifikasi Telaga Air Bersih :
Jenis Telaga : Menggunakan sistem Telaga Pam Manual yang sesuai dengan struktur geografi setempat.
Sistem Pam : Dilengkapi dengan Pam Manual yang tahan lasak dan mudah diselenggara oleh penduduk kampung.
Kedalaman Telaga : Digali dengan kedalaman antara 15 hingga 20 meter bagi mendapatkan sumber air yang stabil.
Penerima Manfaat : Kemudahan ini bakal memberikan akses air bersih kepada anggaran 300 orang penduduk setempat, terutamanya bagi kegunaan Masjid dan Madrasah Insaniah di Niger.
Jangka Hayat Kelestarian : Sistem ini dirancang untuk berfungsi secara mampan dengan jangka hayat minimum selama 5 tahun bagi memenuhi keperluan harian penduduk.
Impian Kami : Kompleks Mandiri Umat
Kompleks ini bukan sekadar binaan fizikal masjid, madrasah, dan telaga. Ia adalah sebuah ekosistem kehidupan. Melalui pembinaan pusat ekonomi, kami ingin melihat penduduk bangkit berdikari dan mengubah nasib mereka sendiri. Klinik kesihatan yang dibina pula menjadi sinar harapan menamatkan penderitaan saudara kita di Sub-Sahara Afrika yang selama ini terpaksa berjalan berkilometer jauhnya hanya untuk mendapatkan rawatan kecemasan asas.
Semoga setiap solat, zikir, dan doa yang berkumandang di masjid dan madrasah ini menjadi pahala jariah yang kekal mengalir hingga ke akhirat, Am


















