Air Bersih, Bukti Kasih Sayang Kita
Lokasi : Pinggir bandar Ndjamena, Chad
Lokasi Strategik : Kem Pelarian yang memerlukan di kampung pedalaman di Chad.
Kerjasama : Insaf Insani x The Insaniah Ride
Kemudahan : Telaga Biasa dengan Pam Manual
Tarikh Siap : 9 Julai 2025
Keperluan Telaga :
Krisis air yang kritikal : negara Chad kini berdepan krisis kekurangan infrastruktur air bersih yang sangat meruncing. Situasi ini amat kritikal di kawasan luar bandar, di mana kadar akses kepada air yang selamat dianggarkan serendah 2.7% sahaja berbanding kawasan bandar. Kesannya, kekurangan air bersih menjadi punca utama penyakit bawaan air seperti cirit-birit, menyumbang kepada kadar kematian kanak-kanak yang tinggi di wilayah ini.
Kekurangan air bukan sahaja menyulitkan urusan harian seperti memasak dan mandi, malah menyukarkan jemaah untuk berwuduk dan menjaga kebersihan sebelum bersolat.
Telaga Insaniah Chad : Air Bersih, Bukti Kasih Sayang Kita
Alhamdulillah, hasil sokongan para penyumbang budiman dan sinergi bersama Kempen The Insaniah Ride, sebuah Telaga Insaniah telah berjaya disiapkan di kawasan penempatan pelarian di Chad. Kehadiran telaga ini bukan sekadar menjadi sumber air minuman, malah ia berjaya memperkasakan fungsi masjid berdekatan sebagai pusat komuniti, tempat beribadah, dan titik penyatuan umat Islam setempat.
Spesifikasi Telaga :
- Pam manual : kos pembinaan lebih murah
- Ketahanan : Telaga yang mempunyai kedalaman 25 meter, dan anggaran dapat berfungsi minimun 5 tahun.
- Penerima manfaat : 200 Orang
- Akses 24 jam : terbuka kepada semua penduduk dan jemaah
Thank You to the Donors
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penderma serta rakan kerjasama yang memainkan peranan penting dalam menjayakan misi ini. Setiap liter air yang dimanfaatkan adalah bukti kasih sayang anda kepada saudara seiman di bumi Chad, dan menjadi amal jariah yang pahalanya terus mengalir selagi telaga ini berbakti.
Anda Juga Boleh Jadi Asbab Kebaikan Ini
Setiap liter air yang digunakan adalah tanda kasih sayang anda kepada umat Islam di bumi Mali, dan menjadi amal jariah yang mengalir selama telaga ini digunakan.
Misi air bersih ini masih jauh perjalanannya dan masih banyak lokasi yang memerlukan perhatian kita. Dengan menyumbang, anda bukan sekadar memberi air anda memberi harapan, kesihatan, dan kehidupan.
“Air untuk mereka. Pahala untuk anda. Sampai ke syurga, insya-Allah.”
“Sebaik-baik sedekah adalah memberi air minum.” (HR. Ahmad)




