Membina Masjid, Membina Ummah di Nigeria
Lokasi : Kampung Iseyin, Daerah Oyo, Nigeria
Tarikh Siap Pembinaan : 13 Ogos 2025
Penerima Manfaat : Hampir 3,000 penduduk di sekitar Kampung Iseyin
Latar Belakang
Kampung Iseyin yang terletak di daerah Oyo, Nigeria mempunyai jumlah penduduk seramai 3,000 orang. Jarak perjalanan ke bandar terdekat adalah sejauh 1,000 km, manakala jarak ke masjid terdekat pula adalah sekitar 10 km.
Nisbah penduduk Muslim di perkampungan ini adalah sebanyak 75%. Namun begitu, kadar buta huruf bagi masyarakat di sana masih tinggi, iaitu seramai 50% daripada penduduk tidak dapat membaca dan menulis.
Masjid Komuniti, Nadi Iman
Dengan izin Allah dan sokongan para penyumbang yang prihatin, Masjid Insaniah di Nigeria kini telah siap dibina. Masjid ini mampu menampung hampir 100 jemaah dalam satu-satu masa, dan memberi manfaat kepada sekitar 3,000 penduduk kampung Iseyin.
Kemudahan masjid ini lebih selesa, kukuh dan selamat serta kini lengkap dengan lantai, dinding, bumbung yang baik dan sistem pencahayaan.
Terima Kasih Kepada Para Penyumbang
Masjid ini tidak mungkin dapat didirikan tanpa sokongan ikhlas dan derma daripada anda semua. Setiap batu bata, setiap ruang solat yang terbina adalah bukti kasih sayang umat Islam yang bersatu membantu saudara mereka yang memerlukan.
Semoga setiap solat, zikir, dan doa yang berkumandang di masjid ini menjadi pahala jariah yang kekal mengalir hingga ke akhirat.
Mari Teruskan Usaha Membangun Rumah Allah
Projek ini adalah salah satu daripada banyak kawasan lain yang masih menanti masjid yang selesa.




