Chad, Somalia & Nigeria termasuk di antara negara termiskin di dunia. Masing – Masing berada di tangga 9, 11 & 47 termiskin di dunia.
Masyarakat di sana hidup di bawah kemiskinan yang sangat dahsyat. mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan makanan yang cukup dan berkhasiat. Daging adalah antara makanan yang mereka jarang sangat mereka perolehi kecuali pada hari raya eid adha. Andai kata mereka tidak dapat pada tahun ini, mereka terpaksa menunggu lagi sehingga tahun depan.
Korban adalah antara amalan yang paling di utamakan untuk dilaksanakan ketika eid adha. Amalan ini adalah tanda kesyukuran kita di atas segala nikmat – nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Perkara ini telah di rakamkan di dalam al quran di dalam surah Al Kauthar, ayat 1 & 2 :
إِنَّآ أَعْطَيْنَـٰكَ ٱلْكَوْثَرَ (١) فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنْحَرْ (٢)
“Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).(1)
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).(2)”
Korban bersama Insaf Insani pada tahun ini sangat istimewa, kerana daging – daging yang telah dikorban, akan diagihkan kepada saudara seislam kita di beberapa negara di Afrika seperti di Chad, Somalia & Nigeria. Terutama sekali mereka yang hidup di bawah paras kemiskinan yang sangat dahsyat. sasaran kita pada tahun ini, kita dapat mengagihkan daging – daging ini kepada sekurang – kurangnya 3000 orang penerima manfaat.
Tidak mahu terlepas kemeriahan beribadat di eid adha, tetapi tiada kemampuan untuk membuat korban satu bahagian penuh?
Jangan risau, anda masih boleh menghadiahkan daging kepada mereka yang memerlukan di afrika. Dengan nilai serendah RM 30 sahaja, anda boleh memberi kebahagian dan menyelamatkan saudara kita daripada kelaparan