Masjid Komuniti Insaniah di Benin
Lokasi : Benin
Tarikh Siap : 10 November 2023
Penerima Manfaat : 100 orang jamaah.
Latar Belakang
Populasi masyarakat Muslim di Benin hanya seramai 24.6% dan ini menjadikan mereka masyarakat minoriti di sana namun ini tidak menghalang mereka berusaha untuk memiliki masjid.
Komuniti Muslim di pedalaman Benin amat memerlukan pembinaan masjid yang lebih sempurna bagi menggantikan struktur binaan yang uzur dan tidak selamat, masjid di kawasan pedalaman ini berperanan penting sebagai pusat penyatuan ummah, pendidikan agama, serta pemangkin pembangunan sosial masyarakat setempat.
Masjid Komuniti, Nadi Iman
Dengan izin Allah dan sokongan para penyumbang yang prihatin, Masjid al Aqsa di Benin kini telah siap dibina. Masjid ini mampu menampung hampir 100 jemaah dalam satu-satu masa, dan memberi manfaat kepada sekitar beratus orang penduduk kampung.
Kemudahan masjid ini lebih selesa, kukuh dan selamat serta kini lengkap dengan lantai, dinding, bumbung yang baik dan sistem pencahayaan.
Terima Kasih Kepada Para Penyumbang
Masjid ini tidak mungkin dapat didirikan tanpa sokongan ikhlas dan derma daripada anda semua. Setiap batu bata, setiap ruang solat yang terbina adalah bukti kasih sayang umat Islam yang bersatu membantu saudara mereka yang memerlukan.
Semoga setiap solat, zikir, dan doa yang berkumandang di masjid ini menjadi pahala jariah yang kekal mengalir hingga ke akhirat.
Mari Teruskan Usaha Membangun Rumah Allah
Projek ini adalah salah satu daripada banyak kawasan lain yang masih menanti masjid yang selesa.



